Sunday, 11 March 2012

KenNeo story script!

Heyyo! My dongsaeng ada wat satu cerita nie... Nak dibuat movie... So, saya nak help him on the script sebab script2 nie memang makanan saya... (btw, cerita saya tak dapat dibuat sebab lack of idea) Here it goes...


[btw read the plot on Plot Cerita Nie first ekk...]


Chia dan Edie merupakan sahabat karib sejak di bangku sekolah rendah lagi dan hubungan mereka sangat rapat. Mereka sering kali digelar pasangan kekasih yang paling romantik di sekolah kerana keakraban mereka. Seminggu sebelum majlis perpisahan (prom) sekolah, semua pelajar diminta mencari teman. 


Mia: Wish dapat jadi teman Edie nanti. 
Wendy: Me too! Prom with Edie.
Rinda: Edie~~ Prom~~ Next week, kan?


Edie yang terdengar perbualan mereka terus mendapatkan Chia yang duduk di bawah pokok, mengambil gambar sekolah. Gadis molek itu amat suka mengambil gambar.


Edie: Chia!
Chia: Ya, saya?
Edie: Em, dah tau tak pasal prom minggu depan?
Chia: Apa kena mengena prom dengan aku?
Edie: La. Satu sekolah pelajar perempuan beria-ia nak sambut prom. Takkan kau takde perasaan nak sambut prom kot?
Chia: Eum. Tak kot. 
Edie: La. Ingat nak ajak kau jadi teman aku. Aku nak rasa juga jadi Romeo sekolah sebelum naik sekolah menengah.
Chia: Hal kau la. Apa pula libatkan aku?
Edie: Ala Chia comel. Teman ek, teman...
Chia: Aku bukan macam Taylor Swift kat MV You belong with me la!
Edie: Aku tak cakap pun kau Taylor Swift. 
Chia: Ek? Tak nak kawan...
Edie: Oh, kalau aku cakap kau macam Taylor Swift, kau nak temankan la?
Chia: Tak nak! Ni yang aku tak suka pasal kau. Suka manipulating aku. 
Edie: Mana ada aku manipulating kau. Teman ek... Ok, bye!


Sebelum Edie beredar, sempat juga Chia menghalangnya.


Chia: Aku tak ada baju prom la...
Edie: Aku banyak duit la untuk isteri aku. Nanti aku beli la. 
Chia: Untuk isteri kau, bukan untuk aku.
Edie: Kau kan isteri aku...


Merah muka Chia mendengar ayat Edie. Edie tersenyum dan berlalu pergi. Sehari sebelum majlis prom, Edie menyerahkan gaun berwarna biru kepada Chia.


Chia: Serius ke ni? Banyak betul duit kau. Bukan mahal ek gaun ni?
Edie: Takkan kau tak kenal aku. 
Chia: Nak sangat kau berteman dengan aku untuk prom ni. Kau tak bosan ke?
Edie: Kau bosan?
Chia: Tak.
Edie: Aku pun tak. Esok, aku tunggu kau depan rumah kau. Kalau tak cantik, aku yang mekapkan kau. 
Chia: Ek? Tak payah la! 
Edie: Kau sebagai isteri kena dengar cakap suami.
Chia: Edie ni... 
Edie: Tak la. Kau kan sentiasa cantik di hatiku.
Chia: Ish! 


Seperti yang dijanjikan, Edie menunggu Chia di hadapan rumahnya. Chia keluar dari rumah dengan rasa gemuruh. Dia tak pernah berjumpa dengan Edie dalam keadaan seperti ini. Ianya seperti dalam mimpi. Edie tergamam melihat Chia. 


Edie: Hai mak cik. Boleh jumpa dengan Chia?
Chia: Mak cik kau cakap?! 
Edie: Garangnya. Aku main-main je la.  
Chia: Aku balik bilik baru kau tau.
Edie: Eh Chia sayang ni. Abang main-main je la. Merajuk yer... 
Chia: Iya la tu, abang...
Edie: Wee! Akhirnya kau panggil aku abang!
Chia: Itchy! Wei, cepat la. Tapi, aku tak pandai menari...
Edie: Asal kau teman, aku ajar kau semua. Ok? Jom.


Chia mengenggam erat lengan Edie kerana gemuruh. Edie tersenyum. Senyuman Edie mengurangkan gemuruhnya. Di majlis prom itu, semua pelajar seakan-akan terpaku melihat mereka berdua. 


Mia: Is that Chia? 
Rinda: Adorablenya...
Chia: Ala Edie. Malunya...
Edie: Malu apanya?
Chia: Semua tengok aku.
Edie: Dorang tengok aku la. Perasannya kau ni.


Chia mencebik mukanya. Dasar orang menyakitkan hati! Tapi Edie seorang saja yang sanggup berteman dengan Chia. Sebab itulah dia sayang sangat pada Edie. 


Edie: Kau pun tengok aku. Suka la tu.
Chia: Ihh. 
Edie: Ok. Music dah on. Kau pegang bahu aku. Aku lead kau yer. Pegang kuat tau, aku kalau dance tak ingat dunia.
Chia: Macam amaran jer tu. Whaa!


Gerakan Edie sangat memukau perhatian ramai. Chia amat terkejut. Tak sangka pula rakannya ini mampu menari seakan-akan So You Think You Can Dance. Tanpa disangka, terdetik suatu perasaan yang sukar diungkapkan dalam dirinya. Dia tersenyum dan mengikut rentak Edie. Habis sahaja muzik didendangkan, semua bertepuk tangan tanda kagum dengan tarian Edie. Edie tunduk tanda malu.


Chia: Ek, malu pula kau!
Edie: Mana ada. Penat la.
Chia: Tarian kau hebat la. Aku pun terpesona.
Edie: Laki sapa? 
Chia: Huh, laki aku! haha


Edie tersenyum. Riang wajah Chia menambat hatinya. Pada majlis penutupan, guru besar Mrs Liew mengumumkan bahawa Edie dan Chia menjadi Romeo dan Juliet sekolah. Edie menghantar Chia pulang ke rumah. 


Chia: Thanks bawa aku pergi prom ek? Bangga parents aku tengok aku dapat jadi Juliet.
Edie: Sebenarnya Mrs Liew nak aku je tu jadi Romeo tapi kau kawan aku, so...
Chia: Shh. Jangan menidakkan fakta.
Edie: Ek? 
Chia: So, bye!
Edie: Bye?
Chia: Balik la! Kau tak penat ke?
Edie: Oh, ya. Bye!


Keakraban mereka diteruskan sehingga menginjak ke sekolah menengah. Pada suatu hari, apabila balik sekolah...


Chia: Susah la Maths ni!
Edie: Senang la.
Chia: Susah!
Edie: Senang! x= 5, tak percaya tengok kalkulator.
Chia: Kenapa kau boleh pandai Maths ar? 9x-7i > 3(3x-7u) berapa?
Edie: i love u kan? sebab i <3 u
Chia: huh? terima kasih... haha
Edie: Aku tau. Dah bertahun dah aku tau.
Chia: Err? Aku main-main je tu.
Edie: Aku tau kau suka aku kan? Mengaku la...
Chia: Memang la. Kau kan satu-satunya kawan baik aku.
Edie: Maksud aku, kau cintakan aku kan?


Chia tergamam. Tapi egonya mengawal emosi.


Chia: A... A... Apa kau merepek ni? Tak... Tak la... Aku anggap kau abang jer kan? Abang... 
Edie: Ohh... Abang...
Chia: Betul la... Abang...
Edie: Ok. Aku sayang kau!


Edie berlalu pergi, meninggalkan Chia yang penuh tanda tanya. Pada hari itu juga Edie mengambil tiket kapal terbang ke Korea, ingin melawat ibunya yang bekerja di sana. Dia menghantar email kepada Chia untuk memberitahu hal tersebut. Dia tak sanggup melukakan hati Chia walau dia tahu Chia menyembunyikan perasaannya sebenar. Keesokkan harinya, Chia menunggu Edie di luar rumahnya. Kosong. " Dah la tak hadir, pastu rumah kosong pula. Ada masalah ke nie?" getus hatinya. Penat menunggu, dia balik ke rumahnya. Dia membuka emailnya. Ada 2 email dari Edie! Dia membuka email yang pertama, terdapat gambar sekeping tiket penerbangan ke Korea kepunyaan Edie. Dia merungut. "Pergi Korea tak bawa aku!" getus hatinya.


Pada malam itu, dia melihat berita tentang kemalangan kapal terbang menuju ke Korea Selatan atas kerosakan enjin. 'Kerosakan enjin bagi kapal terbang MH2761 menyebabkan semua penumpang terkorban. Syarikat penerbangan...' ulas pemberita. 


Chia: MH2761? Korea? EDIE!!!


"Aku sayang kau!" membayanginya. Rupanya, itu ayat terakhir dan ayat paling bermakna untuk mereka berdua. Air mata Chia membasahi pipi. Dia pergi ke biliknya lalu membuka email kedua daripada Edie.


Chia,


Kalau aku pergi nanti, jangan lupakan aku. Apapun kau buat, jangan lupakan aku. Aku pergi tanpa memberitahu kau sebab aku takut kau kecewa. Kau kan dah selalu sangat dengan aku dan kau tak ada kawan lain selain aku. Mesti kau akan sunyi tanpa aku. Aku pun sunyi tanpa kau. Aku pergi Korea ni sebab nak lawat mama aku. Aku rindu sangat dengan dia. 


Pasal semalam tu, aku betul-betul maksudkan yang aku sayang kau dan aku nak sangat jadi suami kau suatu saat nanti bila kita bersedia. Aku sengaja pergi dari kau masa tu. Aku tak nak kau terlalu sayangi aku sampai tak sanggup berpisah dengan aku. Chak, kau ketawa ya? Chia, walaupun kita tidak bersama secara realiti, aku tetap bersama kau dalam hati. Entah kenapa aku cakap macam ni. Macam la aku takkan jumpa kau lagi nanti.   


Kalau kita ditakdirkan untuk bersama dewasa nanti, aku nak jadi hero kau seperti yang selalu aku buat selama ni. Aku nak bawa kau ke mana saja kau nak. Aku akan beri segala cinta aku kat kau dengan cara yang betul. Aku sayang kau. Kau masih simpan lagi dress yang aku bagi dulu? Itu replika dress kahwin kau nanti tau. Tapi kalau kita tak ditakdirkan bersama, aku tetap bawa cinta ini dan jadikannya kenangan manis antara kita. Apapun yang terjadi nanti, aku akan genggam kau dalam hati dan aku tau kau akan sentiasa genggam erat aku dalam hatimu. I <3 u, Chia! Take care, sayang! Jangan biar lelaki lain ganggu kau. Aku akan pukul dorang nanti bila aku datang untuk kau!

    Edie

Email Edie itu membuatkan Chia semakin merinduinya. Dia menyesal kerana membiarkan egonya menguasai fikiran sewaktu dia ada masa untuk meluahkan perasaan. Ibu Edie menghubunginya beberapa minit kemudian. Dia faham perasaan Chia. Edie akan sentiasa menjadi inspirasi dan semangat Chia untuk meneruskan kehidupan. 

THE END! Ken, tell me your opinion! 

No comments: