Monday, 12 March 2012

I own you

Ok, now dah dapat cerita. Korang baca jep la ekk. Saya malas nak terangkan plot. 


Ryu: Hehe...


Sudah lama Ryu memerhatikan Hana dan secara diam-diam, dia sering mengambil gambar Hana menggunakan handsetnya di dalam kelas. Siapa yang tak inginkan gadis molek itu. Pandai dalam akademik, bersopan santun, comel, tapi sifat pendiamnya membuat Ryu berasa segan untuk menyapa. 


Adul: Tak nak bercakap, sms la. Tak nak buang kredit, tulis kat kertas. Bukan kau playboy ek? Takkan kau belajar dari orang yang tak berapa pro macam aku ni?
Ryu: Ala. Kan aku dah lama tinggalkan bidang tu. Lagipun, awek-awek aku dulu tu tak seindah Hana. 
Adul: Camner kau boleh cakap dorang tak macam Hana sedangkan kau belum kenal Hana tu camner orangnya?
Ryu: Camner pula kau cakap Hana tu macam dorang? Kau kenal sangat ke?
Adul: Tak la tapi at least simpan la sedikit keraguan. 
Ryu: Tapi lebih baik kita berbaik sangka pada orang kan?
Mrs Ros: Amboi, panjang benar cerita kamu yer Ryu? Ke depan kejap, cikgu nak dengar ulasan kamu mengenai bab ini.


Ryu tertunduk malu. Adul yang bawa bercerita, dia pula yang kena. Satu kelas memerhatikannya menuju ke hadapan, bagaikan seorang suspek di mahkamah pengadilan. Dia terlihat Hana. Hana hanya tunduk memerhatikan buku. Hilang semangatnya. Pada waktu rehat, dia duduk sendirian di kantin sambil memandang tapak tangannya. Sakit betul dirotan Mrs Ros tadi. 


Amir: Sakit ke kena rotan tadi?


Ryu bangun dan menarik kolar baju Amir. 


Ryu: Kau ada masalah ke?
Amir: Sorry, Ryu. Aku ada gula-gula nak sembuhkan kesakitan tu.


Ryu melepaskan kolar baju Amir. Amir menarik nafas lega.


Ryu: Apa kau nak?
Amir: Nak bagitau la. Seperti yang kau tau, aku kan ketua kelas paling hensem kat sekolah ni yang tiada tandingannya...
Ryu: Kalau nak cakap ayat-ayat camnie, baik kau pergi. Direct la!
Amir: Ya la. Camnie, aku ada nombor handset Hana sebab biodata murid ada kat aku. 
Ryu: Camner kau tau, huh?
Amir: Satu kelas dah tau la kau syok kat dia. Salin cepat, aku cakap sekali jep. 012345****


Pada malam itu, Ryu asyik memandang nombor yang diberikan oleh Amir. Degupan jantungnya semakin cepat. Jarinya seakan-akan bermain di atas butang call. Enak dibuai rasa segan, tiba-tiba black out. Hilang segala rasa.


Ryu: Adoyyai! Black out tak boleh esok ke, huh?! 


Beberapa hari kemudian, semasa Ryu mengambil gambar Hana secara diam-diam pada kelas Mrs Ros...


Mrs Ros: Ini kerja kamu yer, Ryu? 


"Aduh cikgu nie. Muka dia baru bangun tidur takde dalam koleksi arr! Kacau line wei!," getus hati Ryu. Mrs Ros merampas handset Ryu.


Mrs Ros: Kenapa semua gambar Hana ni?


Satu kelas memerhatikan Ryu yang tertunduk malu kerana kelantangan suara Mrs Ros. Mrs Ros menyelak gambar Hana satu persatu. Tiba-tiba matanya tidak terkelip melihat gambarnya sendiri yang diedit dalam handset Ryu. Dia menjeling Ryu. 


Mrs Ros: RYU!!!!!!!!!!!!!!!! Ikut saya ke bilik guru disiplin sekarang!!!!! Hana, awak pun ikut saya.


Mrs Ros beredar diikuti oleh Hana. Ryu meletakkan tangan di atas dahinya tanda alpa. Dia lupa membuang gambar Mrs Ros yang dieditnya menjadi gambar seorang lelaki di handset itu! Semasa di bilik guru disiplin...


Mrs Ros: Kalau nak diikutkan hati, saya bawa ibu bapa Ryu nie!
Mr Adnan: Sabar la cikgu. Kita dengar penjelasan Ryu. Ryu, boleh tolong jelaskan?


Jika tiada Hana di situ, dapatlah dia menjelaskan segala-galanya namun kehadiran Hana membuatkan dia terdiam seribu bahasa. Dia tunduk malu.


Mrs Ros: Baguslah. Tau malu! 
Mr Adnan: Hana, awak mempunyai hak untuk membawa kes ini di hadapan ibu bapa Ryu atau awak ada tindakan lain?
Hana: Saya maafkan dia. 


Ryu memandang Hana seakan-akan tidak percaya. Akan tetapi, akibat perbuatannya mengenai gambar Mrs Ros, dia didenda menyapu daun-daun kering selama sebulan. Ramai pelajar mentertawakannya.


Yorsh: Padan muka kau!
Eima: Yorsh, jangan la!


Tidak tahan dimalukan, Ryu mengenggam daun-daun tersebut lalu melontarnya ke arah Yorsh. Tanpa disedari, kehadiran Hana menyebabkan daun-daun itu gugur pada mukanya.
Yorsh dan Eima terkejut lalu beredar dari situ. Ryu tergamam. 


Ryu: Hana, maaf!!! Saya...


Hana memetik dedaun yang berada di atas kepalanya. 


Hana: Tak per. 


Hana mendekati Ryu setelah mengambil penyapu. 


Ryu: Awak nak buat apa ni? Nak pukul saya ke?
Hana: Apa la awak ni! Haha. Saya rasa saya yang patut minta maaf daripada awak.


Hana menyerahkan handsetnya kepada Ryu. Ryu terkejut melihat gambarnya. Selama ini, cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Hana juga mengambil gambarnya secara diam-diam. 


Hana: By the way, saya pernah terambil gambar Mr Adnan dalam Spacebook. The one yang seksi tu.
Ryu: Hah? Ciptaan awak ke tu?
Hana: Er, ya?
Ryu: Nakal juga awak nie yer. Haha
Hana: So, kita kena denda sama-sama yer?
Ryu: Dipersilakan.


Aku tak tau la apa nak jadi akhirnya, maybe ada sambungan kalau aku rajin. So, minta opinions korang! Kfly!





No comments: